Buah terap slang Sabahnya tarap
Pantun bukan pemantun
Kalaulah adik saya Jebat baca pantun ini mungkin dia akan mengejek, "Eih... buruk juga ni pantun ni!" Dan mungkin saya akan balas tidaklah lancang pun, "Ah... shut up your big mouth!" Mungkin.
Entah kenapa saya tergerak mahu memasukkan entri pasal buah eksotik Sabah ini. Oh sebab tiada cerita lain sudah. Haha... Bukan apa-apa pun. Hari tu mansau-ansau sekitar kedai-kedai Indah Permai, singgah di tempat berjaja sayuran dan buahan di sebelah KFC. Mahu membeli buah kesukaan, betik ranum buat pelawas sembelit!!!
Ditakdirkan mata tertangkap alahai si buah tarap nan sebiji. "AIkkkk... masih pula ada tara!!! Musim sudah habis pun di Ranau." Tiada niat mahu membeli terus saya bertanya saja, "Makcik... makcik... berapalah harga itu tarap?" Makcik menjawab dengan suara perlahan saja... cuma hujungnya saya dengar, "Lima puluh sen." "Hah... berapa? 50 sen saja kah makcik?" Murahnya... wahh, saya mau beli mau beli!!! Hati betul-betul menyanyi merdu padahal tadi setakat mahu bertanya langsung bukan membeli.
"Eh, bukanlah. ENAM RINGGIT LIMA PULUH SEN sayang!" Oh Tuhan. My jaw dropped. "Atok-atok mahal oh makcik!!!" Tanpa malu-malu babi dengan kerutan juta-juta di dahi saya mengomen. Terus makcik taukeh pun berjela-jela memberitahu... "tarap itu bukan dari KK tapi diimport dari Kota Belud. Kos pengangkutan.. lagi-lagi bukan musim tarap. Kalaupun musim paaaaling murah RM2.50. Oklah makcik. Saya faham. Wah talk about te price of tarap. Di Ranau kalau musim, saya makan tidak payah bayar oh. Kalaupun mahu membeli di pasar saya boleh negosiasi sampai harganya jadi RM0.50.
Inflasi letaknya sungguh-sungguh pada semua barang sekarang. Terima kasih kenaikan harga minyak dulu-dulu. Hujungnya saya cuma membeli betik jingga kesukaan. Gembiranya dapat diskaun RM0.50. Oh makcik ponsikou kio!!! Mudah-mudahan bisnes makcik terus maju dan maju maju jaya. Pas ni bukan berniaga di siring jalan KFC lagi. AMEN!! Bagi lagi saya diskaun.
Di bawah old snippet taken by my sister Bugi last year in November. Masa itu musim tarap berlambak-lambak di Ranau. Dan buah tarap ini Uncle Bontoyon yang tolong jolokkan. Dari dusun arwah bapa. Hasil arwah bapa berbakti pada tanah dapatlah terus merasa buah eksotik ini.
wah kide.. tiba2 sa rasa mo makan tarap... sa suda edit2 layout di blog cohort kita tu... sila2 la...
ReplyDeletecohort2tesl.blogspot.com
bah ok..... tapi p malangkap ni xda line after balik lah... huhuhu
ReplyDelete