Kau tergoda.
Mahu mencuba.
Mahu memakai.
Mahu membeli.
Pada
bulu mata palsu
bisa
melentikkan.
memanjangkan.
menambah pesona.
serba-serbi menyempurnakan
bulu mata kontot-kontot sesiapapun!!!
Tawaran fesyen masa kini.
Kau pandang-pandang,
dimata pemakai,
ianya lawa,
membangkit anggun pengguna,
menambah seksi lirikan kerdip-kerdip mata sesiapapun!!!
Alangkahnyalah
tawaran fesyen masa kini.
tawaran fesyen masa kini.
Lagipula,
kau tengok cermin
mata Dusun ala-ala Cina kau
kurang menonjol
"Tidak 'popped out'"
Bahasa fesyennya.
Kau membayangkan
Kau membayangkan
membina imaginasi cemerlang
kalau kau pakai
bulu mata palsu
macam gambar di atas tu
kau boleh jadi ala-ala Tyra Banks' The Next American Top Model
Oh alangkah!
Kau girang dalam hati.
Kau golek-golek atas katil
Sambil gigit-gigit jari.
Geram.
Kau jerit-jerit kerasukan
"Aku akan pakai!
Baru hidup lebih bermakna!"
"RM50 untuk 10 pasang,"
info dari kawanmu,
"Dengan kad diskaun
boleh dapat harga panas RM40.
MURAH-MURAH-MURAH GILA-GILA!!!"
Nah!!!
Kau tambah-tambah teruja.
Hati kau meronta-ronta,
jadi bulat,
muktamad,
"Haha... aku akan beli! Tunggu elaun keluar!"
Kaupun membuat pelan
sekian-sekian hari keluar bersama kawan empunya kad
membuat belian.
Tapi
aral
banyak melintang.
Tidak jadi-jadi perancangan kau.
Begini sahajalah
Mudah-mudahan sampai bila-bila
cita-cita pakai bulu mata palsu kau itu
tidak menjadi.
Kerana kalau kau pakai juga
dengan niat gila-gila yang kau imaginasikan
sia-sialah ilmu kau timba dari Ustazah Warsineh
masa kau di bangku 4 Farabi
Kelas Pendidikan Syariah Islamiah
topik larangan memakai rambut palsu
yang mana
Sahabat-sahabat kau
Ustad Salisu
Ustajah Rabiatul Adawiyah
tazkirahkan penuh hikmah
membawa kau
telusuri semula
segala pelajaran
semasa kau di SMK
Agama Muhamad Ali
tersayang!!!
Jadi
bye-bye gaman
bulu mata palsu.
kau tekad
berkata
"Aku cium kau
selamat tingal!"
No comments:
Post a Comment