Thursday, December 23, 2010

Petisyen Melalui Persatuan Bekas Pelajar SMK (A) Mohamad Ali Ranau


Dulu lepas SPM, sebab bosan di rumah, saya kerja makan gaji jadi pelayan di restoran. Tentulah di pekan Ranau. Bos saya orang Cina+Dusun=Sino. Dia baik. Dia bagi rehat 1 jam waktu tengahari. Makan free dua kali lagi. Standardlah tu. Dia maklum pekerja Islamnya ada kewajipan sembahyang. Di pekan Ranau masa tu tiada surau disediakan oleh Majlis Daerah. Payah juga. Masjid Ranau memanglah tidak jauh dari pekan. Tapi bagi si marhaen yang tiada kereta mahu jalan kaki turun naik bukit limpas Telekom dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pai Wen, kau imajin sendirilah. Ketiak memang akan lencun. Bau mungkin akan timbul buat pelanggan lari dari restoran saja. Bos mungkin akan marah-marah.

Nasib juga ada satu restoran, Restoran Wak perusahaan bapa kawan saya Muhammad iaitu Cikgu Mohd. Tawil ada surau. Jadi pergilah menumpang di sana. Oh, terima kasih Cikgu! Itu cerita 8 tahun lalu. Sekarang al-hamdulillah sudah ada surau di pekan Ranau. Orang Ranau yang tidak larat dan pantang basah ketiak mahu jalan turun naik bukit Ranau ke masjid ada opsyen untuk 'bertemu Tuhan' di musolla pekan saja.

Lucunya, beberapa pengalaman saya berkunjung, surau pekan dekat Restoran Kembara itu berkunci-kunci sahaja. Entahlah. Mahu diminta dengan siapa kuncinya, saya tidak tahu. Tiada notis ditulis di sana. Mungkin kena berurusan di kaunter Majlis Daerah. Saya kurang pasti. Sebab tiada notis ditulis. Mungkin ada individu tertentu ditugaskan menjaga kunci. Saya mahu tahulah. Begini banyak susah juga. Siapa tahu bukan saya sahaja kesusahan. Orang Ranau yang lain? Musafir dari tempat-tempat lain?

Saya berkongsi rasa dengan kawan-kawan semasa duduk-duduk di kedai makan milik bapa kawan saya Ramdiah iaitu Uncle Wasnin. Uncle Wasnin ni Presiden Persatuan Pengusaha Bas Ranau (PEVADAR).

Komen kawan saya Ramdiah, "Entahlah tu Kide. Lucu kan?" Sambil menuding jari telunjuk ke arah sebuah pondok terbiar bercat merah jambu luntur lebih kurang 5 kaki dari kedai makan bapanya, dia menyambung kata, "Tu bangunan tu, bapa saya pernah minta Majlis buka bah tu untuk jadi surau. Tapi tidak kena bagi!"

Wah. Saya membayangkan kalaulah permintaan Presiden PEVADAR itu dimakbulkan oleh pihak Majlis, tentu saja menjadi 'ruksoh' atau 'kemudahan' semua orang Ranau juga luar Ranau yang men'trafik'kan tempat itu. Buat pengetahuan, kedai makan Presiden PEVADAR ni dekat sungguh dengan perhentian bas dan Unser Ranau-KK-Ranau dan Ranau-Tambunan-Keningau-Ranau. Oh, mesti sebut juga dekat gila-gila dengan perhentian bas dan 4 Wheel Drive Ulu Sugut-Pekan Ranau. Bayangkan waktu Zuhur dan Asar sampai di terminal itu nampak surau itu dan solat. Bayangkan kalaulah pihak Majlis mengkehendaki sedikit caj untuk pengurusan pondok terbiar yang kesian itu jika ia jadi surau. Bolehlah ada pendapatan Majlis Daerah.

Terus, cakap kawan saya Mimi, "Jadi apa khabar tu pendaftaran Alumni sekolah kita? Mohon bah melalui Persatuan. Buat petisyen! Tandatangan semua ahli. Baru ada surau 24/7 buka di pekan Ranau! Haha.."

Itu membuatkan keterujaan menyambung usaha pendaftaran. Move forward! Gambate Kodasai!


2 comments:

  1. cuba cari pic masjid SmkA Muhd Ali (bukan semekar) yang menang masjid cemerlang maal hijrah peringkat negeri sabah dalam FB. dalam tu ada dialog pasal alumnai semekar.
    * untuk menambah semangat :)

    ReplyDelete
  2. harap ni klu siap uda tu persatuan Alumni..kita pastikan surau pekan tu kna buka,tidak lagi berkunci..yang dekat terminal ranau tu pun harap2 ada kna buat lagi 1..mudah ckit mau solat saudara n saudari kita di pekan..

    ReplyDelete