"Tanah di Ulu Sugut kau tahu siapa yang paling banyak beli?" dia tidak menunggu jawapan saya, langsung menjawab soalannya sendiri, "Cina bah! Ketinggalan bah orang kita kalau kau mau tau!" bersungguh dia bercakap. Terjegil-jegil matanya. Saya naik jelik pula. Menguap panjang-panjang. Bosan!
Saya sengaja meninggi ton suara. Petanda saya mahu menguasai lepak-lepak bual kami, "Hairan apa. Siapa rajin, berusaha lebih, tanpa kira bangsa, etnik, suku kaum, apa-apalah kau mahu kategorikannya... dia memang akan hidup makmur. Makan besar hari-hari sampai gemuk gedempol! Nah kau bila mahu jadi gemuk gedempol? Saya gemuk sudah ni tau!"

"Ai... kau ni bah!"
Kami ketawa paksa-paksa.
"Betul kan? Siapa rajin, berusaha lebih memang banyaklah imbalannya. Dia saja tahu!"
Kawan-kawan belilah nasi lemak saya di kedai Sir Zaini, OK?
No comments:
Post a Comment