Tuesday, November 30, 2010

SAMPAH@RANAU

Makan di KFC. Di paras 2.

Bangunan yang saya dengar dari rakan guru dijadikan kayu pengukur kemajuan Ranau di dalam dewan parlimen oleh ahli parlimen Ranau, "Ranau sudah maju, ada KFC." Entahlah betul tidak. Barangkali rakan guru itu membuat lelucon. Dia mahu menokoktambah 'Politician Say the Darndest Things'.

Duduk-duduk memanjakan perut meihat aksi kawan yang bermesraan dengan DSLR Nikon. Dia mengambil gambar jauh di seberang jalan raya. Menembusi cermin kaca KFC dia menangkap foto entah apa-apa. Saya tengok di luar, ke arah halaan lensa, sampah-sarap di dalam plastik hitam muntah-muntah keluar. Mungkin angkara onar sang kanin. Rezeki dia.

Saya tengok pembungkus KFC isi-isinya. Wah, kenyang anjing-anjing Ranau. Kawan pula memberi komen, "Saya dengar 3 hari lagi Ranau Tanpa Sampah punya program."

Mengamuklah YB Datuk Haji Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah yang tinggi-tinggi Gunung Kinabalu!!! Bukan laki-laki tipikal Dusun pindik-pindik tagap.

Kawan-kawan saya tidak menzoom lebih-lebih merakam longgokan plastik di siring jalan itu. Kalau tidak boleh masuk blog. Dan... "Akan diapakan siapa, oleh siapa?"

No comments:

Post a Comment