Thursday, December 30, 2010

Teacher's Wand is Cooler than Harry Potter's



My friend Tariq said to me, "Being a teacher, you have the beauty of changing forever, the lives of those students. It takes one spark, to make them forever different. Education is the best way to overcome the digital, societal, and poverty divide so, you have in your hands, the wand to make those young lives, ever bright to the rest of their lives...
so think about it."

Agreed! Teacher's wand is just cooler than Harry Potter's. And real.

Countdown starts now. Two more days for the school break to end. I miss my 'kampung', Ulu Sugut! I miss going to class. Most of all I so miss being called by my the students,

1. Teacher-teacher
2. Ceguuuuuu.....
3. Ustajah, ustazah!!! (hehehe) 

See, I have 3 titles... of course they all mean just the same...

Informed by Ijan Fizik si Tungauwon, solar hybrid is already in effect. Cool! Then, no more fear to ease myself late at night. Mind you, it's quite a spooky midnight in Ulu Sugut. What with no electricity and people's talk about ghost thingy! However, 24/7 electricity is just isn't about eradicating my fear to walk to the washroom in the mid of the night!!! This great facality will mean a lot to my students who live in the hostel in particular!!! 

And I... I have this naughty intention in head... going to make extra night English class for the hostel students. Going to make any of them who didn't manage to memorize vocabulary stay back in class!!! 

Lampu sudah ada, takut apa!!! Berjaga bersama!!! 

Going to say, kalaulah, "Itulah kamu... kotoh negi!!! Sudah teacher suruh hafal ma time cuti sikul...."     




Monday, December 27, 2010

Ulang Baca Dua Jenis 'Karbala'

Kulit
isi
sedang baca
menghayati

'Peristiwa di Padang Karbala'
dan
'Karbala'

Selawat dan salam untuk Junjungan Besar Muhammad Rasulullah, Ahli keluarganya dan para sahabat.

PS: Go book shopping these books friends!!!
Promotion for DBP and Aberdeen!!! 

Friday, December 24, 2010

Kalau Boleh 'Unlike' Macam Dalam Facebook!


Kau suka sama dia
Kau tak tahu,
mahu bagitau dia
macam mana.

Kau suka sama dia
mahu bagitahu,
tapi malu-malu
sedikit takut
Tuhan saja yang tahu!

Kau suka sama dia
dia ada tanya
 “Suka saya tidak?”
tapi malu,
takut
kau jawab pula
“Kamu yang suka saya!”

Kau suka sama dia
betul-betul suka
kau tanya diri sendiri
“Sangat-sangat suka inikah cinta?”

Kau suka betul-betul
sama dia
tidak pernah terluah
Suatu hari dia bagitahu
“Saya suka seorang perempuan”
Kau tergamam.
Tapi kau kan pandai
sebab
cepat-cepat
kau kawal macam-macam rasa.
Takut,
rahsia yang kau malu-malu dedahkan
bocor.
Dalam diam kau rasa bodoh juga
maka,
kau mahu
dia tahu
kau suka dia
dari dulu!
Kau suka sangat-sangat sama dia!
Sekarang kau harap
kau boleh senang ‘Unlike’ dia
macam dalam Facebook!  

Kau suka sama dia,
rasa anugerah Tuhan.
Tidak usah ‘Unlike’.
Anugerah
itu

Thursday, December 23, 2010

Petisyen Melalui Persatuan Bekas Pelajar SMK (A) Mohamad Ali Ranau


Dulu lepas SPM, sebab bosan di rumah, saya kerja makan gaji jadi pelayan di restoran. Tentulah di pekan Ranau. Bos saya orang Cina+Dusun=Sino. Dia baik. Dia bagi rehat 1 jam waktu tengahari. Makan free dua kali lagi. Standardlah tu. Dia maklum pekerja Islamnya ada kewajipan sembahyang. Di pekan Ranau masa tu tiada surau disediakan oleh Majlis Daerah. Payah juga. Masjid Ranau memanglah tidak jauh dari pekan. Tapi bagi si marhaen yang tiada kereta mahu jalan kaki turun naik bukit limpas Telekom dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pai Wen, kau imajin sendirilah. Ketiak memang akan lencun. Bau mungkin akan timbul buat pelanggan lari dari restoran saja. Bos mungkin akan marah-marah.

Nasib juga ada satu restoran, Restoran Wak perusahaan bapa kawan saya Muhammad iaitu Cikgu Mohd. Tawil ada surau. Jadi pergilah menumpang di sana. Oh, terima kasih Cikgu! Itu cerita 8 tahun lalu. Sekarang al-hamdulillah sudah ada surau di pekan Ranau. Orang Ranau yang tidak larat dan pantang basah ketiak mahu jalan turun naik bukit Ranau ke masjid ada opsyen untuk 'bertemu Tuhan' di musolla pekan saja.

Lucunya, beberapa pengalaman saya berkunjung, surau pekan dekat Restoran Kembara itu berkunci-kunci sahaja. Entahlah. Mahu diminta dengan siapa kuncinya, saya tidak tahu. Tiada notis ditulis di sana. Mungkin kena berurusan di kaunter Majlis Daerah. Saya kurang pasti. Sebab tiada notis ditulis. Mungkin ada individu tertentu ditugaskan menjaga kunci. Saya mahu tahulah. Begini banyak susah juga. Siapa tahu bukan saya sahaja kesusahan. Orang Ranau yang lain? Musafir dari tempat-tempat lain?

Saya berkongsi rasa dengan kawan-kawan semasa duduk-duduk di kedai makan milik bapa kawan saya Ramdiah iaitu Uncle Wasnin. Uncle Wasnin ni Presiden Persatuan Pengusaha Bas Ranau (PEVADAR).

Komen kawan saya Ramdiah, "Entahlah tu Kide. Lucu kan?" Sambil menuding jari telunjuk ke arah sebuah pondok terbiar bercat merah jambu luntur lebih kurang 5 kaki dari kedai makan bapanya, dia menyambung kata, "Tu bangunan tu, bapa saya pernah minta Majlis buka bah tu untuk jadi surau. Tapi tidak kena bagi!"

Wah. Saya membayangkan kalaulah permintaan Presiden PEVADAR itu dimakbulkan oleh pihak Majlis, tentu saja menjadi 'ruksoh' atau 'kemudahan' semua orang Ranau juga luar Ranau yang men'trafik'kan tempat itu. Buat pengetahuan, kedai makan Presiden PEVADAR ni dekat sungguh dengan perhentian bas dan Unser Ranau-KK-Ranau dan Ranau-Tambunan-Keningau-Ranau. Oh, mesti sebut juga dekat gila-gila dengan perhentian bas dan 4 Wheel Drive Ulu Sugut-Pekan Ranau. Bayangkan waktu Zuhur dan Asar sampai di terminal itu nampak surau itu dan solat. Bayangkan kalaulah pihak Majlis mengkehendaki sedikit caj untuk pengurusan pondok terbiar yang kesian itu jika ia jadi surau. Bolehlah ada pendapatan Majlis Daerah.

Terus, cakap kawan saya Mimi, "Jadi apa khabar tu pendaftaran Alumni sekolah kita? Mohon bah melalui Persatuan. Buat petisyen! Tandatangan semua ahli. Baru ada surau 24/7 buka di pekan Ranau! Haha.."

Itu membuatkan keterujaan menyambung usaha pendaftaran. Move forward! Gambate Kodasai!


Saturday, December 18, 2010

RAJIN


"Tanah di Ulu Sugut kau tahu siapa yang paling banyak beli?" dia tidak menunggu jawapan saya, langsung menjawab soalannya sendiri, "Cina bah! Ketinggalan bah orang kita kalau kau mau tau!" bersungguh dia bercakap. Terjegil-jegil matanya.

Saya naik jelik pula. Menguap panjang-panjang. Bosan!

Saya sengaja meninggi ton suara. Petanda saya mahu menguasai lepak-lepak bual kami, "Hairan apa. Siapa rajin, berusaha lebih, tanpa kira bangsa, etnik, suku kaum, apa-apalah kau mahu kategorikannya... dia memang akan hidup makmur. Makan besar hari-hari sampai gemuk gedempol! Nah kau bila mahu jadi gemuk gedempol? Saya gemuk sudah ni tau!"

"Ai... kau ni bah!"

Kami ketawa paksa-paksa.

"Betul kan? Siapa rajin, berusaha lebih memang banyaklah imbalannya. Dia saja tahu!"

Kawan-kawan belilah nasi lemak saya di kedai Sir Zaini, OK?

RAJIN

Satu hari aku duduk lepak-lepak dengan seorang member. Member aku ni banyak cerita. Dia rajin bercerita. Selalunya, kalau duduk lepak-lepak dengan dia, dia memang menguasai perbualan. Aku okay saja.

  

Monday, December 13, 2010

I Like ...

I like
Ulu Sugut


jalannya
fuhyoo
garabel sigal


massage spa
original gitu!!!
I like...

dui
dui
dui
ini baru
tips of the iceberg!!!

Tapi 
I tatap like
Ulu Sugut
I lagi-lagi suka
kalau
500 jadi 1500
I like duit!!!
Apa?
Kau tidak suka duit?
Tembirang!!!

 
Adakah duit
bikin baguih jalan?

I like
kalau ada.

I like
Ulu Sugut!
Tatap.

Saturday, December 11, 2010

You Believe in Second Chance? Part I

“Do you
believe in
second chance?”

You shook your head.

“Woah...
You’re so mean!”

You were put on the defensive line.
Like you cared
but
you said,
I shook my head
because
I’m thinking of another perspective.
Instead of arguing over
 believing
in second chance
or not
let's sell
believe in
doing the best
in the first chance
we have!

Again,
“So do you believe in second chance?”

You laughed.
You really don't want to drop it?





Thursday, December 9, 2010

I'm Not That Old Yet

Hey you...
Any past action you regret?


Your answer,
"I'm not that old yet bah!"
(Sambil tersengih-sengih)

Dalam hati...
"Pandailah...
macamlah muda-muda ini
tiada perkara dikesali!" 

Tapi nasib baiklah
kau
masih muda.
25 masih muda apa!

Kalau tahu menyesal
Maknanya kau telah
belajar sesuatu!!
Belum terlambat.

Jadi
Jangan kau
tambah penyesalan
mengulang-ngulang
cerita sama.

 Touchdown KL
bagitaulah orang.






Sunday, December 5, 2010

BULU MATA PALSU: BYE-BYE GAMAN


Kau tergoda.
Mahu mencuba.
Mahu memakai.
Mahu membeli.

Pada
bulu mata palsu
bisa
melentikkan.
memanjangkan.
menambah pesona.
serba-serbi menyempurnakan
bulu mata kontot-kontot sesiapapun!!!
Tawaran fesyen masa kini.

Kau pandang-pandang,
dimata pemakai,
ianya lawa,
membangkit anggun pengguna,
menambah seksi lirikan kerdip-kerdip mata sesiapapun!!!
Alangkahnyalah
tawaran fesyen masa kini.

Lagipula,
kau tengok cermin
mata Dusun ala-ala Cina kau
kurang menonjol
"Tidak 'popped out'"
Bahasa fesyennya.
Kau membayangkan
membina imaginasi cemerlang
kalau kau pakai
bulu mata palsu
macam gambar di atas tu
kau boleh jadi ala-ala Tyra Banks' The Next American Top Model
Oh alangkah!
Kau girang dalam hati.
Kau golek-golek atas katil
Sambil gigit-gigit jari.
Geram.
Kau jerit-jerit kerasukan
"Aku akan pakai!
Baru hidup lebih bermakna!"

"RM50 untuk 10 pasang,"
info dari kawanmu,
"Dengan kad diskaun
boleh dapat harga panas RM40.
MURAH-MURAH-MURAH GILA-GILA!!!"

Nah!!!
Kau tambah-tambah teruja.
Hati kau meronta-ronta,
jadi bulat,
muktamad,
"Haha... aku akan beli! Tunggu elaun keluar!"
Kaupun membuat pelan
sekian-sekian hari keluar bersama kawan empunya kad
membuat belian.

Tapi
aral
banyak melintang.
Tidak jadi-jadi perancangan kau.

Begini sahajalah
Mudah-mudahan sampai bila-bila
cita-cita pakai bulu mata palsu kau itu
tidak menjadi.

Kerana kalau kau pakai juga
dengan niat gila-gila yang kau imaginasikan
sia-sialah ilmu kau timba dari Ustazah Warsineh
masa kau di bangku 4 Farabi
Kelas Pendidikan Syariah Islamiah
topik larangan memakai rambut palsu
yang mana
Sahabat-sahabat kau
Ustad Salisu
Ustajah Rabiatul Adawiyah
tazkirahkan penuh hikmah
membawa kau
telusuri semula
segala pelajaran
semasa kau di SMK
Agama Muhamad Ali
tersayang!!!

Jadi
bye-bye gaman
bulu mata palsu.

kau tekad
berkata
"Aku cium kau
selamat tingal!"