Friday, October 22, 2010

Bukan kempen pakai Tupperware!!!




'Isnin tanpa plastik' di Milimewa dan G-Mart Ranau.

Wah.

Kenapa tiada 'kempen shopping dengan bakul sendiri'? Setiap hari. Bukan Isnin sahaja. Tukarlah tu kempen 'Isnin tanpa Plastik' pergi 'Shopping dengan bakul Sendiri'!Cuba buatlah. Kalau tidak mampu selalu. Berkala. Yalah. Kekadang aku, kau tidak sangka akan buat belian!!!

Cubalah semua orang bawa bakul rotan, bakul plastik yang besar, atau besi, beg kainkah untuk membuat belian. Aish... macam-macam fesyen ada ma! Kita pilih saja.

Semua orang - Sultan Sultanah, Putera Puteri, Tengku, Tun, Dato' Seri Puan Seri, Dato' Datin, Encik Puan, Cik-cik, guru2 macam saya, taukeh balak, petani, nelayan, penulis novel-ceritapendek-puisi, penulis blog - semua orang 1Malaysia.

Saya buat. Taukeh Polo kurangkan RM0.30 sebab saya bawa bakul Tupperware sendiri, dia pula jimat plastik. Baik kan hati saudagar Cina itu?

Jadi, saya doakan bisnesnya terus teguh. Sebab diskaunnya sedikit sebanyak menggembirakan saya dalam usaha melebarkan budi kepada alam.

Mari lebarkan budi kepada alam!!!

Mau beli beg Tupperware? Beli dari adik saya. 25% diskaun boleh runding. Tapi, saya tetap mau untung tiada rugi.

No comments:

Post a Comment