Monday, November 9, 2009

Banyak Cerita VS Banyak Kerja

1. Lagi-lagi petang tadi saya habiskan masa di tanah. Luar rumah. Anak-anak lada putih sedang membesar. Pesat!!!! Subur tanah di US!!!

2. Kak Es datang menyapa. Erk... mungkin saya yang dahulu menyapa. Lupalah. Hidup bermasyarakat. Beginilah!!!

3. "Besar sudah anak lada?" lebih kurang ada basa-basinya begitu. "Subur?"

4. Saya balas turut ramah. Orang beramah patut dibalas ramah nan seorang peramah juga. Kan? "Ya kak besar sudah ni... tu nah paling besar!" sambil menuding si anak lada yang paling rimbun daunnya. Hati sejuk nyaman. Hasil tangan sendiri.

5. "Rajin...." meniti di bibir Kak Es. Mungkin satu pujian. Mungkin basa-basi hidup bermasyarakat. Begitulah. Hidup bermasyarakat.

6. Saya jawab. Nada ramah-ramah ala-ala Dusun. Kalau kamu faham maksud saya fahamlah kamu apa dimaksudkan ramah ala-la Dusun. Maklumlah memang orang Dusun, ramah pun adalah cara Dusun!! Itulah saya kadang-kadang. "Ya bah kak. Rajin. Di sini mesti cari aktiviti sendiri!!!" Saya bermaksud untuk mengatakan aktiviti sendiri itu yang saya usahakan adalah berkebun-kebun kecil-kecilan inilah. Ini yang termampu saya usahakan.

7. Saya sambung lagi, "Inilah aktiviti ekstra. Hehe..." "Yalah kan." senyum Kak Es.

8. "Mahu bercerita saja sama orang lain cerita bukan ada kak. Bolehlah kadang-kadanag dudu cerita. Tapi cerita ni kak pandai habis bah!!! Kerja tidak pandai habis. Ada saja!!!" Entah dari mana datang idea falsafah itu? Lancar saja keluar dari mulut saya.

9. Ada ruang saat membisu sebentar. "Yalah kan." Sudah berfikir itu dikata Kak Es.

10. Kami pun hidup bermasyarakat. Kak Es turut membantu membuang rumput yang mulai meliar di sekeliling lada. Bersaing sesama mereka. Mahu hidup di atas bumi Allah ini.

11. Sambil-sambil kami bercerita membuat kerja.

12. Kerja lebih banyak dari cerita.

13. Hidup begitu.

14. Mari fahami!!!

15. Tapi di US ni memang saya selalu berfikir aktiviti apa mahu dilaku. Kerja banyak mahu dilaku. Boleh dilaku.

16. Tumpukan pada pelajar.

17. Pengisian rohani untuk pelajar Muslim. Maghrib Isyak. Antara. Kerja banyak. Cerita akan tercipta. Yang baik-baik.

1 comment:

  1. bah....syok lah mcm 2...dapat juga kau mengisi masa kau 2...cukup bulan boleh jual di tamu bah...kenapa nda mau memancing ke,memburu...lg syok...pasti kamu lg fit...ajak ja anak murid kamu 2...semua pkar2 kat sana....syokk..syokkk

    ReplyDelete