Tuesday, July 14, 2009

BABI RIANG GUMBIRA BERSIAR-SIAR

1. Ya saya sudah tau sekolah tempat saya mengajar. SMK Ulu Sugud Ranau. Dalam daerah kesayangan saya sendiri. Tapi... saya pun tidak pernah sampai ke sana.

2.Sehinggalah... hari ini. Tujuan: melapor diri. Mama, makcik dan abang yang hantar.

3. Sekolah tu sebenarnya jauh!!! 2 - 2.5 jam perjalanan dari rumah saya. Jalan raya NADA tar. Line henpon tidak kira DIGI yang gah dengan orang belon kuningnya, CELCOM atau MAXIS semua tarak. Dan tadi, merah saya merasakan panasnya tempat itu ala-ala Shah Alam erk silap.. Shah Alam lagilah HOT! Dalam hati saya separuh meraung, "Kenapa Ewan yang dapat SMK Kundasang yang sejuk semulajadi?" Sob sob sob.

4. Penolong kanan yang peramah dan banyak betul kata-kata perangsang lahir dari mulut menyambut cakap saya ("Buat apa jadi cikgu kalau tidak 'mahu' datang di pedalaman?"), "Itu yang saya mau dengar!!" Saya rasa mahu tepuk dahi. Dalam hati berkata, "Bersemangat juga aku ni!!"

5. Kakak saya juga mengajar di sekolah ini. Kami bakal tinggal bersama. Ewan cakap, "Baguslah ko ada kawan juga." Ya syukur.

6. Dalam kepala sekarang berulang-ulang, "Buat apa jadi cikgu kalau tidak 'mahu' datang di pedalaman?". Bagus jangan jadi cikgulah kalau tidak mau datang. Ya sebelum posting lagi, sudah saya bersedia kalau-kalau diposting jauh jauh nun jauh. Tapi sebenarnya tempat saya posting ini sudah cukup baik daripada dihantar ke pulau yang jalan pengangkutannya lagi-lagilah penuh mencabar debar.

7. Semasa perjalanan ke sekolah, dari dalam Ford saya ternampak banyak babi hitam sekeluarga riang gumbira aman berjalan-jalan di kampung. Berbaris berbondong-bondong tertib si anak-anak kecil di belakang ibu yang tambun.

8. Perjalanan pulang dari sekolah saya (ya rasmi sudah SMK Ulu Sugud Ranau sekolahku), pemandangan babi riang gumbira aman berjalan-jalan di kampung saya kecapi lagi.

9. Khayal saya, saya mesti buat macam babi tu. Relax steady saja. Ada manusia pun tidak takut. Jangan jadi babi betul sudahlah.

10. Ahad ni datang semula ke sekolah, saya mesti bawa my Miss Cammie ke SMK Ulu Sugud. Babi hitam yang penuh inspirasi itu harus saya klik gambarnya dan diupload ke blog!!!

9 comments:

  1. terhibur aku baca cerita ko ni kide... ya betul.. buat apa kita jadi cikgu kalau nda mau di hantar ke pedalaman? mungkin kita rasa nasib kita la yang paling teruk dapat sekolah itu ini.. tp sebenarnya kita nda tau yang kita cukup bertuah dpt sekolah tu berbanding dgn nasib2 cikgu2 lain di luar sana.. harus bersyukur... yang penting ada kerja.. kan? kan?

    ReplyDelete
  2. betul betul.... babi rasanya tahu tu bersyukur dapat makan-makan rumput di kampung tu.orang da akal lagikan pula... hehe

    ReplyDelete
  3. bestnya kide ko punya skolah. mesti duit gaji nda abis. tiada shoping complex dalam sana tuh. hehee.

    ReplyDelete
  4. hehe..ya bye-bye gaman shopping complex!!! nilah kunun ni... mo kumpul duit kritikal tu p umrah!!!cewah..sapa bah adyri ni??? kwn syukri ka??? batch c hafiz??

    ReplyDelete
  5. :) alhamdulillah... kide saya melihat tu satu kesyukuran... 1. berapa ramai sangat orang kita yg ambik kos kau tu, kita memerlukan orang kita sendiri.. sampai bila kita berharap dgn orang lain. 2. masa ni lah kita khususnya kau kena berbakti dengan anak bangsa kita yang ketinggalan dari pelbagai sudut. i'Allah, nanti kau akan merasa betapa bertuahnya kau dapat sana. 3. mungkin sebelum ni masalah yang kau jumpa pelajar lemah b.i, besa sdh tu :)tp di sana mgkn(xwjib btul,harus slh)kau akan jumpa fhman yg b.i tu bhsa yg entah dar planet mn... 4. kesian be urg kita yg bhgn sn tu, rmi guru yg pg sn utk dpt elaun besar, pg tangkap ikan, magasu... lima hari persekolahn, tiga hari ja kali di sikul, pas2 blm tntu lg msukl klas.. 5. ceritakan kpd ank2 murid kau nikmat di kl dari mata hati.. hebat tu apabila mampu melahirkan murid yg b'mula dari zero.

    ReplyDelete
  6. Sampai hati kau kide nda kanal sama aku sudah. (huhuhu, sedey ni)

    ReplyDelete
  7. Wah.Askidah.Ko sudah jadi cikgu.tahniah.terharu aq dgn semangat ko.cayok2!!

    Jgn lupa snap gambar byk2.aq nak tgk. ;D

    ReplyDelete
  8. bagus juga kau nampak babi tu riang2...jd kau pun secara tak langsung menjadikan dia sebagai inspirsi bila kau menangis..apa pun tahniah cikgu....sah sudah...cikgu askida....

    ReplyDelete
  9. cikgu...story lah skit pengalaman mengajar disana...sya rasa nda sabar mo mengajar sudah...bahagianya rasa dapat mendidik anak2...

    ReplyDelete