1. Kawan-kawan tanya... "Bah bila kau kawinn?'
2. Macam-macam ada jawapan saya bagi.
3. Bergantunglah sama jantina yang bertanya, betapa rapatnya/ mesra/ tahap bergurau senda diorang dengan saya ni.
4. Antara jawapan saya kan, "Saya tunggu kau.... (sengaja berhenti sekejap) kahwin dulu!" Ini nakal.
"Relax bah palan-palan!" Ni jawapan kebosanan dengan soalan.
"Ai... kita sama-sama kahwin lah!" Ni bernakal-nakal juga.
"Aish muda lagi bah! Enjoy dulu." Reaksi bodoh-bodoh.
"Mau kumpul duit dulu. Ingat lelaki punya tanggungjawab saja keluar duit? Sama saja dengan perempuan. Kesian lelaki kalau kepau duit dia saja. Yalah mau beli katil, tilam, baju pengantin... bla bla bla... We need bucks!!" Bolehlah dianggap serius ni.
"Bah marilah bah kita kahwin jum!" Gila.
Jawapan yang saya paling suka, "Tunggu jak kad kahwin dari saya arrr! Time tulah tu saya kahwin... tarikh dalam tu kad!" Memang menjawab soalan ni!!
5. Sekarang cuti sekolah. Ramai yang mengadakan walimah urus. Classmate TESL sy ada 5 orang saudara-saudara mereka yang berkahwin.
6. Bekas ahli bilik saya d SMK (A) Ranau juga mendirikan rumahtangga hari ini. Sayang saya tidak dapat hadir.
7. Selamat mendirikan rumahtangga semua. ESpecially you Rinawati Yusah!! (^_^)
8. Di usia ini tidak dinafikan peranan dan tanggungjawab lagi perkara-perkara yang difikirkan banyak sungguh perubahan dan penambahan.
9. Saya sendiri banyak perencanaan di dalam otak mahu buat nanti.
10. Kahwin bila? Saya pun suka tanya kawan-kawan soalan ini. Perkara kahwin ni nampaknya salah satu perkara yang singgah-singgah di fikiran juga. Macam saya juga ramai kawan bagi jawapan lebih kurang sama dengan jawapan saya di atas.
11. Apa-apapun tunggu, sabar... steady!!!! Kahwin ni penting tapi jangan terlalu dipentingkan sangat kalau ada perkara penting belum selesai. Seperti apa? Duit (Kestabilan ekonomi)... calon... masih diusahakan. Nah berapa orang fikir seperti saya?
12. Rinawati Yusah my dear friend... selamat mendirikan rumahtangga!! Berakhirnya status lama... bermulanya status baru, tanggungjawab baru. Saya doakan kebahagiaan sentiasa menyelubungi. (^_^)
hehe....sa plak dlm 3-4 tahun lagi.dua2 mau kumpul duit!!~~ hehe!!~~
ReplyDeleteBila mau kawen? ;D
ReplyDeletelet me see... sy bagi jawapan yg no. 4 tu lah... 'saya tunggu kau...'... hehe.. ;D
ReplyDelete