Kursus yang konon bengkel pemantapan pecutan akhir Bahasa Inggeris PMR yang dibuat hujung-hujung semester macam bulan lapan ini tidak saya gemari. Saya akur dengan idea banyak ilmu baru boleh didapati dari kursus macam kata Shima rakan seperjuangan sedari maktab. Tapi... saya lebih teruja, lebih mahu bersama pelajar saya di sekolah, di kelas, pada saat-saat begini yang saya kira sudah akhir minit untuk kursus seumpama!
Jadi, nekad saya potong kursus dari diari minggu ini. Bersedia untuk beri surat tunjuk sebab. Kemudian sekarang saya berfikir... kalau saya hadiri kan baik juga... terus nyatakan pendapat bengkel pemantapan seumpama patut dijalankan lebih awal.
Tidak. Saya tidak ada niat mencari - mendedah kelemahan pengelola menganjur bengkel di saat begini. Cuma buah fikir saya, bengkel seumpama patut dianjurkan awal biarpun namanya pecutan akhir. Cuma boleh dibincangkan bersama pengelola. Hmmm. Kesal juga tidak hadir.
penggunaan ayat yang bagus..tumbs up 4 u..dalam bl0g sy guna ayat semenanjung, k0 jgn kutuk kio epen.hehhehehe....
ReplyDeletex pa bha kide, jgn menyesal dengan apa kptsn yg k0 buat. yg penting menghadapi selepas keputusan dibuat. pas ni k0 meeting la sama pengetua c0z k0 pnya pndpt tu ada betulnya. g0od luck cikgu askidah..0opps, teacher <----betul ka tu ejaan.hehehe...