Friday, February 4, 2011

Eksotika

kau nampak tuh?

 tuh...
yang angkat bakul
bakul buluh tradisi
warna kuning diraja Melayu tu!

ya!!!
tuh la...
uncle yang pakai topi
warna coklat tuh...

kau tidak tahu...
aku panggil tuh...
eksotika Dusun!


eksotika-eksotika Dusun...

uncle
dan
bakul buluh tradisi
buatan tangan

dua-duanya
eksotik.

dulu...
waktu kecil

musim menanam - menuai padi 
macam uncle itu
aku juga pernah angkat.

jalan...
 dari Kampung Matan
ke
Paka Dua.

Jalan kaki.

kalaulah
gambar aku diambil.

masa yang itu
dibekukan...

aku yang comot
kerana lumpur sawah.

semestinya
menjadi eksotika
juga!

(sengih)


bakul buluh tradisi
wakid Dusunnya.

biarlah aku
tiada gambar
mengangkatmu
yang mungkin
boleh jadi pengingat
pada
the good old days,
pada
pelajaran awal
mengenal erti susah.

aku ada memori itu
di benak
selalu.

aku harap aku
bukan macam Dr. M kata
"Melayu mudah lupa!"

aku kan Dusun.
Dato M for Masidi belum pernah kata lagi kan?
"Dusun mudah lupa?" 

Cet...
lupa
sifat universal semua
tiada takluk pada sesuatu bangsa
harapnya aku
tidak lupalah.

Kredit untuk mama
yang meng'order'ku
mengangkat
wakid.

1 comment: