Friday, April 16, 2010

Yang Aku Benci

Di sekolah di Kg. Kaingaran, aku benci beberapa hal. Jalan raya aku okey saja. Walaupun bontot sengal sepanjang jalan. Di mana lagi dapat aku limpas mahu tuju ke tempat kerja?Jarak sekolah dengan pekan yang ada lebih macam-macam kesukaan, kegilaan, kemudahan, kehisteriaan, dan lain-lain pun aku lagi suka.

Walaupun bahang di sekolah ala-ala Shah Alam, biarlah. Tiada hal punya bagi aku.

Yang aku benci... mesin xerox meragam-ragam. Tidak tahu bila mahu pulih, masuk ICU. Mahu xerox bahan P&P susah. Nasib juga ada back-up plan. Tidaklah muridku terabai.

Lagi aku benci, hidup berasak-asak, hilang privasi, ruang terhad, rumah sempit! Aduh, kepala aku ikut penuh bersawang-sawang!!!Kamar mandi dan jamban cuma satu, dan di tempat yang satu.Bayangkan... 6 orang satu rumah!!!Kemudahan asas cumalah satu tiada kembarnya!!!
Matailah, bilang guru-guru SMK Ulu Sugut.

I rest my case.(Sigh). Tuntul di dalam sawah. Move forward with surprises.Pleaselah!

No comments:

Post a Comment