Saturday, April 24, 2010

Ustad Gemuk

Baru lepas tengok saifulislam.com. Tidak mampu menepis fikir, "Alahai chubbynya bos..." Lagi teringat perbualan dengan adik saya dulu-dulu di dalam kereta ronda-ronda di pekan Ranau. "Kenapa ustad gemuk-gemuk?" saya yang bertanya tapi saya juga yang menjawab segera sebab terus terfikir jawapannya, "Oh.. barangkali sebab selalu kena jemput pergi kenduri kesyukuran baca doa bah... makan-makan ada banyak." "Betul-betul," adik saya jawab. Kami ketawa-ketawa hati terhibur. Jauh sekali sebenarnya mahu mempersendakan sesiapa. Kami pun sedar juga kami bukan perempuan spesies slim tegar. Huhu..

Topik bual kami itu sebenarnya timbul bila kami imbas semula sedikit kenangan pada guru-guru di sekolah. Kebetulan lalu di sebuah restoran, ternampak ustaz kami yang memang chubby ala-ala saifulislam!! Lepas itu kami mengenang lagi karikatur ala-ala ustad yang dulu-dulu famous betul dalam majalah Ujang. Alahai. Karikatur gempal-gempal itu.

Tapi biarlahbah. Mungkin bukan semua golongan ustad suka jaga badan. Bukan semua ustad ada metabolisma yang tinggi. Senang naik berat badan.

Bukan semua barangkali tahu Nabi ada ajar cara jaga badan. Siap bagitahu perut cuma ada 3 bahagian. Isi tidaklah payah sampai penuh. Oh.. bukan semua orang cepat rasa puas dan kenyang bila makan. Ini bahaya... jaga cara makan sendiri, sudah. Berat badan meyoyo. Ayoyo. Mungkin nilah sebabnya merepek.

2 comments:

  1. salam kak kide,..mau bjalan2 d blog kakak dlu

    ReplyDelete
  2. bah,sya ada 1 lagi jawapan kenapa,selain ustaz banyak undangan makan2,meraka juga teda masa mo turun padang...main bola pakai seluar pendek?kena ketawa sama anak2...

    ReplyDelete