Monday, September 28, 2009

Satu Segala Macam Refleksi

26/09/09 (Sabtu?)

'Semarak Islami Shahru Ramadhan'

Satu Segala Refleksi

Tidaklah Bermacam-macam pun macam dicanang tajuk



1. Syukur selesai.
2. Terima kasih ya Allah. Semua kerana Engkau.
3. Tidak lupa komitmen Ustaz, Ijah, Raman Syah the Great, pelajar SMK Ulu Sugut Boleh yang terlibat secara langsung. Cg. Jaafar, Cg. Sofian aka Umbu.
4. Pengetua tentu sekali, Cg. Jamirin.
5. Pelajar tidak langsung dilupakan.
6. Terima kasih, terima kasih.
7. Banyak yang saya pelajari dari program ini. Dari semua yang terlibat. Secara langusng. Tidak langsung. Nah siapa bilang belajar terpasung hanya pada satu cara?
8. Pertama, bagaimana berurusan dengan bos no. 1 saya.
9. Kedua, bagaimana berurusan dan bekerja dengan colleague.
10. Ketiga, bagaimana bekerja dan mengurus pelajar saya.
11. Keempat, sentiasa melunaskan hutang dengan Allah - dipermudahkan segala urusan, bak kata Rabiatul Adawiyah Lamsil (nah Abeq... aku seru namamu di alam maya), "Ingatlah Allah barulah dibalas dengan ingatan-Nya juga."
12. Kelima, yang terakhir setakat ini terfikir, melihat lubang-lubang program untuk diperbaiki bagi masa mendatang. Adalah tentu pasti ada. Tidak perlu diperturunkanlah. Rekod lain.
13. Ilham untuk menganjurkan program ini datang pada akhir minit.
14. 2 hari sebelum Ramadhan.
15. Waktu itu saya bercuti hujung minggu di rumah. Di Paka Dua.
16. Ilham baik yang datang dari Allah.
17. Selanjutnya mungkin saja pengaruh minat dari sekolah lagi mengadakan pengisian. Untuk sendiri. Orang lain. Semua.
18. Sedikit sebab supaya tidaklah saya lesu bosan kaku mengajar ala-ala formal di kelas saja. Alangkah boring!!!
19. Lihat dari sudut pandang pelajar, alangkah bosah kalau tiada pengisian tidak formal juga.
20. Setidak-tidaknya ada program seumpama, sebuah kenangan akan tercipta.
21. Satu masa bila toleh ke belakang. Putar semula pita otak, kenangan manis persekolahan dapat dicerita pada anak cucu. Gosip bersama tambalut memang sudah pastilah. Seronok itu!!! Aramaiiii ti.
22. Lagi saya percaya program seumpama mampu memacu pelajar untuk belajar. Belajar di kelas. Belajar di rumah. Di mana-mana.
23. Tidak lupa bersaing sesama sendiri. Walau kecil peringkatnya. Terbatas pada lingkup SMK Ulu Sugut sahaja. Logik juga dikata cubaan untuk ke arah menyediakan pelajar bersaing di peringkat tinggi - dengan pelajar sekolah lain di ranau.
24.Bak kata Jebat dan Bugi membawa arus budaya ilmu begitulah antara cara.
25.Bagaimana itu? Fikir.
26. Ramadhan telah pergi.
27. Sekarang Syawal. Salam Aidilfitri Salam Kemenangan semua sahabat dan taulan.
28. Musimnya berpuasa wajib akan tiba lagi.
29. Mudah-mudahan diberi kekuatan/ kesempatan selalu untuk memanfaatkannya.
30. Untuk diri sendiri.
31. Untuk semua.

1 comment: