Tuesday, July 14, 2009

BABI RIANG GUMBIRA BERSIAR-SIAR

1. Ya saya sudah tau sekolah tempat saya mengajar. SMK Ulu Sugud Ranau. Dalam daerah kesayangan saya sendiri. Tapi... saya pun tidak pernah sampai ke sana.

2.Sehinggalah... hari ini. Tujuan: melapor diri. Mama, makcik dan abang yang hantar.

3. Sekolah tu sebenarnya jauh!!! 2 - 2.5 jam perjalanan dari rumah saya. Jalan raya NADA tar. Line henpon tidak kira DIGI yang gah dengan orang belon kuningnya, CELCOM atau MAXIS semua tarak. Dan tadi, merah saya merasakan panasnya tempat itu ala-ala Shah Alam erk silap.. Shah Alam lagilah HOT! Dalam hati saya separuh meraung, "Kenapa Ewan yang dapat SMK Kundasang yang sejuk semulajadi?" Sob sob sob.

4. Penolong kanan yang peramah dan banyak betul kata-kata perangsang lahir dari mulut menyambut cakap saya ("Buat apa jadi cikgu kalau tidak 'mahu' datang di pedalaman?"), "Itu yang saya mau dengar!!" Saya rasa mahu tepuk dahi. Dalam hati berkata, "Bersemangat juga aku ni!!"

5. Kakak saya juga mengajar di sekolah ini. Kami bakal tinggal bersama. Ewan cakap, "Baguslah ko ada kawan juga." Ya syukur.

6. Dalam kepala sekarang berulang-ulang, "Buat apa jadi cikgu kalau tidak 'mahu' datang di pedalaman?". Bagus jangan jadi cikgulah kalau tidak mau datang. Ya sebelum posting lagi, sudah saya bersedia kalau-kalau diposting jauh jauh nun jauh. Tapi sebenarnya tempat saya posting ini sudah cukup baik daripada dihantar ke pulau yang jalan pengangkutannya lagi-lagilah penuh mencabar debar.

7. Semasa perjalanan ke sekolah, dari dalam Ford saya ternampak banyak babi hitam sekeluarga riang gumbira aman berjalan-jalan di kampung. Berbaris berbondong-bondong tertib si anak-anak kecil di belakang ibu yang tambun.

8. Perjalanan pulang dari sekolah saya (ya rasmi sudah SMK Ulu Sugud Ranau sekolahku), pemandangan babi riang gumbira aman berjalan-jalan di kampung saya kecapi lagi.

9. Khayal saya, saya mesti buat macam babi tu. Relax steady saja. Ada manusia pun tidak takut. Jangan jadi babi betul sudahlah.

10. Ahad ni datang semula ke sekolah, saya mesti bawa my Miss Cammie ke SMK Ulu Sugud. Babi hitam yang penuh inspirasi itu harus saya klik gambarnya dan diupload ke blog!!!

Saturday, July 11, 2009

PLEASELAH, SABAH MASUK MALAYSIA???

Lama sudah berlalu kursus Biro Tatanegara (BTN) yang saya ikut. Sebenarnya saya mahu menulis sesuatu yang saya tidak suka semasa BTN. Malas menghambat, alihnya sekarang baru menulis.

Keseluruhannya, saya suka BTN tu. I have no harsh judgment whatsoever about BTN. Despite of the so many reviews about it that I heard and read, I refused to be affected. Afterall, it would not do any justice given the fact that I never undergo BTN. OK actually I had once. BTN mahasiswa. But I was so detached from it (I slept a lot during talks) that I hardly know what it was all about I had nothing to realy reflect on except "OMG... I dozed off again!".

One of the remarks about BTN that I got came from my friend who openly admitted his political ideology is 'pro pembangkang' was, "Ceh satu lagi alat politik kerajaan BN. Bolehlah orang-orang BTN tu tolong mengukuhkan kedudukan politik kerajaan sedia ada!"

Saya jawab padanya, "Bah alang-alang bah takkan dorang mau buat cincai-cincai tu dasar. Mesti dorang mahu buat dasar yang menguntungkan dorang secara politik! Kan?"

"Uina... ko berhujah untuk BN??" balas kawan saya.

"Nolah baboon!!!" Kawan saya tu kadang-kadang sangat jahat. Dia memang suka menyerang kawan-kawan dia.

"Yes you did!!!" He insisted with a smirk. Seriously I felt like attacking him with a slap across his so animated face. Why did he has to do it all time?

"You know I did not. I was drawing the bigger picture here OK. Whoever is in reign in the political arena of a nation, then they really have the advantage to strengthen their position at all time!!! Nah kalau non-gomen sekarang yang mempunyai kuasa politik negara, dorang pun bah begitu!!! How? Buat dasar-dasar tertentu!!!"

"OK... don't be emotional." another attack!! "I know you are a good drawer. You know what, one dasar yang boleh merugikan kuasa politik kerajaan BN ialah PPSMI... blablablabla...."

Bagi saya, ada betulnya remark kawan saya itu mengenai BTN. Dan apa yang saya cakap selepas remark dia yang sinis menyimpulkan remark dia tu.

Apa-apa pun spekulasi yang berkaitan dengan soal politik ada pada BTN ni biarlah. Saya ketepikan. Sebab saya lebih melihat nilai patriotik yang cuba disampaikan oleh tenaga kursus BTN yang saya hadir. Aspek inilah yang saya suka!! Sangat suka!!! Saya menjadi lebih patriotik juga.

Tapi ada juga yang saya sangat-sangat tidak suka berlaku semasa BTN. Sesuatu yang keluar dari individu yang menggerakkan kursus itu. Mungkin dia ignorant bah perihal yang dia perkatakan. Tapi... what the heck...

Individu itu telah berkata begini sewaktu sessinya sedang berjalan, "Sabah masuk Malaysia pada sekian sekian sekian..."

Huh!!! Sabah masuk Malaysia??? Saya meradang. Sabah masuk Malaysia? Hohoho... adakah dia ni buat studi sebelum cakap? Sabah tidak masuk Malaysia. Sabah bersama Sarawak dan Tanah Melayu bergabung untuk membentuk Malaysia! Mana ada Malaysia sebelum 3 entiti ini bergabung secara murni atas hasil usaha pemimpin-pemimpin kita dahulu. So, to say sabah masuk Malysia was absurd!!!
Sabah masuk Malaysia? Lawak betul orang ni.

Bukanlah saya emosi (erk emosi juga lah, haha), tapi benda yang nampak macam kecil begini bagi sesetengah orang Malaysia yang peka sejarah (cewah, kunun sya ni pekalah!!:P) boleh menyentak sensitiviti.

janganlah cakap sabah masuk Malaysia lagi.... apalagi bagi orang-orang yang handle kursus macam BTN ni. Mahu memupuk perpaduan dan kebaikan, tapi kalau cakap benda yang berlawan dengan fakta boleh menyebabkan marah orang-orang tertentu. Kalau ada marah macam mana mau berpadu? Erk ada kaitan kah ni?? Mungkin ada dalam contoh yang bercakap itu rakan Malaysia yang berasal dari Semenanjung Malaysia. Boleh marah orang Sabah. Mungkin orang sabah akan fikir, "Aikkk... tidak belajar sejarah pembentukan Malaysia kah dia ni? Ohoooo.... dia anggap Sabah ni apa?? benci aku orang semenanjung ni"

Mungkin sahajalah...