Thursday, June 25, 2009

KAMU SELALU DI HATI!!!!



1. Saya suka gambar ni. Bergambar ramai-ramai hari terakhir BTN di daerah kesayangan saya Ranau. Dapat dari Yan. Yan dapat dari Aedy. Lihat muka-muka kami. Hensem, cantik, ceria.... kan?

2. Dan, lihatlah juga bah warna baju kami. Terang jelas 'HITAM PUTIH'.

3. Dulu-dulu kalau tulis karangan, saya sangat suka meggunakan 'hitam puith' sebagai kata adjektif bagi kenangan atau nostalgia. Contoh: 'Hitam putih kenangan bagaikan tayangan filem lama menerjah ke benakku'.

4. Tapi... untuk kenangan bersama-sama semua kawan-kawan Cohort II saya tidak mahu gunakan adjektif ini!!!!

5. Kerna kawan-kawan... nostalgia bersama kamu warnanya akan selalu berwarna-warni, segar... terang sentiasa!!!

6. Kawan-kawan semua... ucapan selamat saya berikan untuk transisi kita semua ke alam pekerjaan. Mudah-mudahan semua dipermudahkan Tuhan dalam dunia baru itu. Dan mudah-mudahan jalinan persahabatan kita akan selalu utuh!!!

7. Kenangan kita bersama biar warnanya selalu terang macam wajah-wajah ceria kita dalam gambar di atas.

8. Sayang kamu semua!!! Muah.... dan maafkan salah silap saya ya sama kamu!!! (^_^)

9. Manalah tahu masa saya menghilai tahi telinga kamu cair dan kamu geram gila sama saya. :P

Friday, June 5, 2009

KAHWIN!!!!



1. Kawan-kawan tanya... "Bah bila kau kawinn?'

2. Macam-macam ada jawapan saya bagi.

3. Bergantunglah sama jantina yang bertanya, betapa rapatnya/ mesra/ tahap bergurau senda diorang dengan saya ni.

4. Antara jawapan saya kan, "Saya tunggu kau.... (sengaja berhenti sekejap) kahwin dulu!" Ini nakal.

"Relax bah palan-palan!" Ni jawapan kebosanan dengan soalan.

"Ai... kita sama-sama kahwin lah!" Ni bernakal-nakal juga.

"Aish muda lagi bah! Enjoy dulu." Reaksi bodoh-bodoh.

"Mau kumpul duit dulu. Ingat lelaki punya tanggungjawab saja keluar duit? Sama saja dengan perempuan. Kesian lelaki kalau kepau duit dia saja. Yalah mau beli katil, tilam, baju pengantin... bla bla bla... We need bucks!!" Bolehlah dianggap serius ni.

"Bah marilah bah kita kahwin jum!" Gila.

Jawapan yang saya paling suka, "Tunggu jak kad kahwin dari saya arrr! Time tulah tu saya kahwin... tarikh dalam tu kad!" Memang menjawab soalan ni!!

5. Sekarang cuti sekolah. Ramai yang mengadakan walimah urus. Classmate TESL sy ada 5 orang saudara-saudara mereka yang berkahwin.

6. Bekas ahli bilik saya d SMK (A) Ranau juga mendirikan rumahtangga hari ini. Sayang saya tidak dapat hadir.

7. Selamat mendirikan rumahtangga semua. ESpecially you Rinawati Yusah!! (^_^)

8. Di usia ini tidak dinafikan peranan dan tanggungjawab lagi perkara-perkara yang difikirkan banyak sungguh perubahan dan penambahan.

9. Saya sendiri banyak perencanaan di dalam otak mahu buat nanti.

10. Kahwin bila? Saya pun suka tanya kawan-kawan soalan ini. Perkara kahwin ni nampaknya salah satu perkara yang singgah-singgah di fikiran juga. Macam saya juga ramai kawan bagi jawapan lebih kurang sama dengan jawapan saya di atas.

11. Apa-apapun tunggu, sabar... steady!!!! Kahwin ni penting tapi jangan terlalu dipentingkan sangat kalau ada perkara penting belum selesai. Seperti apa? Duit (Kestabilan ekonomi)... calon... masih diusahakan. Nah berapa orang fikir seperti saya?

12. Rinawati Yusah my dear friend... selamat mendirikan rumahtangga!! Berakhirnya status lama... bermulanya status baru, tanggungjawab baru. Saya doakan kebahagiaan sentiasa menyelubungi. (^_^)