Wednesday, June 9, 2010

Bantuan Yang Dicabul Si Bahlul!!!

1. Sejarah dunia telah merakam berkali-kali banyaknya bantuan dicabul oleh si bahlul!

2. Terkini, tragedi misi 'Mavi Marmara' untuk Gaza! Tiada yang akan berterima kasih pada pencabulan sang bahlul Zionis yang kerananya bantuan kemanusiaan lagi-lagi tersekat.

3. Begitulah, kebaikan kadang-kala banyak sungguh penghalang dan dinantikan pencemaran kejahatan.

4. Baru-baru ini, seseorang Jane Doe telah mengadu kepada saya. Pengaduannya ini yang membuatkan saya terfikir, "Bantuan berniat luhur selalu saja terdedah pada pencemaran sama macam nombor 1 - 3 di atas!"

5. Cerita si Jane Doe pada saya, "Saya berhati panas sahaja. Marah-marah."

6. "Apahal? Kau marah siapa?" jawab saya. Jane Doe tarik nafas panjang, "Lama sudah saya simpan ni. Mahu bagitau siapa saya tidak percaya siapa-siapa. Barangkali kalau saya berkongsi OK sikit kali perasaan." Saya jawab menjungkit bahu, "Mungkin!"

7. Jane Doe tarik nafas, lepas... lebih lama dari tadi, "Saya mahu kasi cerita kau! Tidak payah komen lepas saya cerita. Saya mahu tahu apa perasaan dia saja untuk sekarang bila orang lain tahu cerita ni! Orang lain yang saya pilih tu kau kio. Harap kau simpanlah. Ini rahsia!"

8. "Bah," saya bilang.

9. Jane Doe mulai bercerita. Saya menadah telinga. "Saya sebenarnya marah sama mama saya. Bukan sepanjang masa. Kadang-kadang marah saya tu tidak timbul, tapi bila saya teringatkan cerita lama yang bodoh, gila, S.I.A.L (dia tidak menyebut perkataan yang ini, tapi mengejanya cuma) tu, saya melenting. Hati saya panas. Mulut saya jadi cabul bila bercakap. Saya jadi orang yang sarkastik. Mahu sakitkan hati orang sahaja bila bercakap. Terutamanya di rumah. Dengan mama saya. Dengah orang-orang di rumah." Dan kala ini, saya melihat muka Jane Doe yang jelita merah padam. Ada sedikit takungan jernih di tepian matanya yang cantik.

10. "Kau mahu tahu apa cerita sial tu?" Pandangan Jane Doe menikam tepat ke mataku. Kali ini S.I.A.L tidak dieja, tapi disebut keras. Soalan Jane Doe itu sebenarnya tidak inginkan jawapan dari saya. Terus sahaja Janne Doe menyambung cerita, "Sepupu saya berbuat buruk ke atas diri saya kau tahu. Sewaktu kecil, umur 7 tahun, dia bawa saya ke kamar mandi. Suruh saya buka seluar. Dia buka seluar juga. Dia... dia...," Jane Doe tersekat-sekat dalam esak. Saya ikut menangis lantas menggenggam erat tangannya. Tidak cukup untuk mententeramkannya, saya memeluk. Lama kami berpelukan.

11. "Saya marah pada mama sebab dia yang bawa lelaki itu tinggal bersama di rumah. Dia tidak tahu pun apa yang sudah terjadi. Memang masa kecil saya tidak faham apa yang lelaki tu buat. Bila sudah tahu, saya jadi jijik. JIJIK!!! MARAH!!! MELAWAN! MEMBERONTAK!!! Buruk sangka... kau tahu. Saya terfikir-fikir kenapa lelaki, saudara yang mama saya pungut tinggal bersama keluarga saya untuk tolong keluarga dia yang susah sanggup buat macam tu. Mungkinkah sebab ahli-ahli keluarga saya ada berbuat jahat sama dia? Kemudian dia balas dendam melalui saya..."

12. Seperti yang dipinta dan sebagai menghormatinya saya akur tidak memberi apa-apa kata selepas Jane Doe meluah.

13. Terkini, Jane Doe memberitahu saya dia berpindah rumah. Keluar dari rumah ibu bapanya. Mahu tinggal berasingan dengan keluarga. Dia berharap bila begitu, dia akan dapat mengelak krisis perasaan apatah lagi bila melihat sepupunya itu bertandang ke rumah. Secara tidak langsung, Jane Doe sebenarnya ingin mengelak berbuat jahat terhadap mamanya. Dalam kata lain dia berharap dapat mengelak menyakiti hati mamanya.

14. Saya berdoa yang baik-baik untuk Jane Doe. Beginilah contoh perbuatan baik yang dicemari kejahatan. Siapa tahu kebaikan mamanya mengundang titik hitam dalam diri Jane Doe.

15. Ada banyak komen lain?

16. Terima kasih Jane Doe sudi berkongsi cerita.

No comments:

Post a Comment